Tuesday, December 11, 2007

Kesan Penyakit Dari Makanan Dan Bahan-Bahan Lain

1. Jika anda makan satay, jangan pula
lupa timunnya, sebabnya memakan satay
bersama karbon yang terhasil selepas
pembakaran akan mendatangkan kesan
karsinogen! Apa bendanya karsinogen
tu? (Ianya ialah suatu keadaan yang
menyebabkan barah). Timun pula adalah
anti-karsinogen.

2. Jangan makan udang selepas
mengambil pil vitamin C ! Yang mana
anda akan mati keracunan Arsenik dalam
beberapa jam sahaja.

3. Cuba yang ni bagi penggemar makanan
ni "Bah Kut Teh" (babi). Banyak orang
Cina suka makan yang ni, lihatlah
sebelum terlambat. Cuba tuangkan Coke
(minuman bersoda) atas kepingan daging
babi tu dan tunggu sekejap, anda boleh
tengok ulat berenyut-renyut keluar
dari sana . Fakta diperolehi
dari 'Health Corporation of
Singapore '.

4. Barah akibat penggunaan bahan dalam
Shampoo. Balik rumah dan pergi
periksa. Tukarlah ke jenama lain
sebelum terlambat, jika kandungan
dalam shampoo anda mengandungi Sodium
Laureth Sulfate atau ringkasnya SLS.
Bahan ini akan menyebabkan barah dalam
jangka masa yang panjang dan ini
bukannya jenaka. Shampoo yang disahkan
mengandungi bahan ini ialah; VO5,
Palmolive, Paul Mitchell, L'Oreal,
Hemp Shampoo terbaru keluaran body
shop, Nature Force dan lain-lain lagi.
Shampoo Clairol's Herbal Essence
adalah satu-satunya yang mengandungi
Sodium Laureth Sulfate secara tunggal.
Meskipun pertanyaan telahpun dibuat
terhadap syarikat ini dan jawapan dari
mereka ialah, "Ya memang kami dah tahu
masalah ini tetapi kami tidak boleh
melakukan apa-apa kerana kami
memerlukan bahan yang boleh
mengeluarkan busa yang banyak". Dalam
pada itu, Pasta Colgate & Dee Dee
(untuk kanak-kanak) turut mengandungi
bahan yang sama untuk penghasilan busa.class="more-link">(more…)a>p>
div>

5. Kepada ,penggemar makanan jenis mee
segera (tak kiralah maggi, koayteow
dsb), Pastikan berhenti makan dulu
sekurang-kurangnya 3 hari selepas
mengambil mee segera sebelum mengambil
paket yang seterusnya. Maklumat yang
dikongsi bersama dengan seorang
doctor. Keluarga saya telah
menghentikan pengambilan makanan ini
setelah mendapat tahu berkenaan
salutan wax ke atas makanan ini.
Inilah yang menyebabkan mee segera
tidak melekat antara satu sama lain
apabila dimasak. Telah dinyatakan
terdahulu melalui SEORANG AKTOR dari
SBC (sekarang ni dikenali sebagai
TCS). Beberapa tahun lalu, yang mana
kariernya membuatkan beliau sangat
sibuk untuk memasak, jalan mudah
mengambil mee segera setiap hari.
Kemudiannya beliau disahkan menghidap
barah. Barahnya disebabkan wax dalam
mee segera. Doktor juga memberitahu
yang badan manusia memerlukan 2 hari
untuk membersihkan wax dari sistem
badan. Seorang lagi mangsa yang serupa
ialah Pramugara dari SIA yang mana
setelah berpindah dari rumah ibunya ke
rumahnya sendiri, Dia tidak memasak
tetapi kerap makan mee segera. Dia
didapati menghidap barah dan mati
selepas itu. Sekarang ini tindakan
memakan mee segera bolehlah
diistilahkan sebagai 'makan untuk
mendapat barah'. Kalau istilah James
Bond, 'Licence to kill!'

6. Bawang Goreng segera, Seorang kawan
melawat ke sebuah perusahaan kecil
membuat bawang goreng, dan melihat
terdapat banyak straw minuman. Yang
bewarna dan tidak bewarna diasingkan.
Apa yang mengejutkan ialah straw yang
tidak bewarna dicampur bersama
gorengan bawang yang bertujuan apabila
plastik straw tersebut dipanaskan,
ianya melebur lantas menyaluti bawang
tersebut. Sebab itulah kalau bawang
goreng segera yang dibeli terdedah
kepada udara tak akan lembik tapi
kalau kita buat sendiri lembik dalam
masa yang singkat sahaja.