a) Untuk Keselamatan Diri Yang, Susah Menjadi Senang..
Ayat 1-9 : Untuk keselamatan diri
Ayat 9 : Orang jahat tak nampak kita especially orang kafir.
Ayat 12 : Merupakan Jantung Yaasiin - Rasulullah s.a.w. berharap ayat ini dihafal oleh setiap mukmin dan mukminat.
Ayat 13-35 : Mengisahkan orang-orang yang mati syahid.
Ayat 22-23 : Untuk menjaga aQidah Memberi hidayah kepada anak.
Ayat 29 : Sebagai amalan untuk mengelakkan diri dari di fitnah dan kejahatan mulut.
Ayat 29 : Untuk digunakan jika kita rasa orang nak fitnah/aniaya kita.Lebih elok selepas baca di semburkan ke muka orang
tersebut.
Ayat 30 : Untuk keinsafan
: Supaya dapat dipertemukan dengan Allah s.w.t. (harus sentiasa berada dihati - beramal dengannya).
Ayat 32 : Untuk menginsafkan orang lain supaya menjadi baik... Caranya: Ingat yang segalanya datang dari Allah s.w.t,
Kita umat Muhammad,Kita orang Islam dan lain-lain.
Ayat 33-35 : Elok dijadikan amalan bagi sesiapa yang suka bercucuk tanam.Tanaman akan subur.
Ayat 36 : Menerangkan yang kehidupan ataupun kejadian di dunia ini dijadikan berpasang-pasangan. Ayat ini elok
diamalkan bagi sesiapa yang belum berkahwin supaya di pertemukan jodoh.Caranya: Baca dan berdoa, hembus dan sapu pada muka
setiap pagi sebelum keluar rumah.
Ayat 37 : Adalah untuk menetapkan hati-aQidah diri sendiri... Hati yang kering akan hidup semula.
Ayat 38 : Mengisahkan yang bulan dan matahari pun sujud pada Allah s.w.t. yang satu.
Ayat 39 : Mengisahkan ilmu falak.
Ayat 40 : Merupakan kenyataan Allah s.w.t. yang satu.
Ayat 41 : Mengisahkan Nabi Noh a.s. naik kapal - Elok dibaca sewaktu menaiki kenderaan.
Ayat 44 : Mengisahkan keseronokan hidup di dunia - Dibaca untuk dijauhkan fitnah dalam hidup.
Ayat 45-48 : Merupakan kedegilan orang kafir kepada Allah s.w.t.
Ayat 49 : Menceritakan hari akhirat dan kehidupannya.
Tiupan pertama - Datang dengan tiba-tiba
Tiupan kedua - Hancur
Tiupan ketiga - Semua orang di hidupkan semula dan hadir di padang Mahsyar.
Ayat 50 : Setiap orang akan dihisab mengikut amalannya.
Ayat 58 : Merupakan salam daripada Allah. Jika rasa sakit kepala, baca dan sapukan ke kepala.Ulang sebanyak 3x.
Ayat 76 : Dibaca untuk mententeramkan diri dari fitnah orang. Dijadikan amalan.
Ayat 76 : Jika hati rasa sedih,sebak atau pun kecewa.Sambil pegang dan urut dada,bacalah ayat tersebut.
Ayat 78-79 : Dikhaskan untuk sakit urat,tulang dan badan.Untuk doa bermula daripada Ayat yang bermaksud: "
dia berkata,Siapakah (yang dapat) menghidupkan tulang belulang padahal telah hancur?" Bacalah jika sakit tulang,urat atau
tulang patah.
Ayat 82 : Untuk Hajat - Jika berhajat sesuatu,bacalah 100x.Dibaca pada air dan minum selama 40 hari -boleh menjadi
penawar.Jika air habis ulang bacaan tersebut sehingga 40 hari.Caranya:Sembahyang Tahajjud (3x) berturut-turut,Baca pada
air [100x) Dan berdoa apa sahaja hajat.
Wallahu A'lam.
1. Selepas sembahyang subuh
2. 3 Jumaat berturut-turut
3. Ayat 1 - Yassin baca 7x
4. Ayat 38 - 12x
5. Ayat 58 - 7x
6. Ayat 82 - 14x
7. Habis,diulang semula step 3 hingga 6.Kesemuanya Surah Yassin dibaca sebanyak 3x.
8. Habis baca surah Yassin,baca Al-Fatihah,bacalah hajat yang dihajati dan selepas hajat dibaca semula Al- Fatihah.
9. Perlu yakin,insyallah dengan berkat Allah ianya termakbul.
Wallahu A'lam.
Perlu Baca Dengan Penuh Keyakinan:
Yasin is the jantung of Al-Quran
Know the meaning of ayat-ayat in Al-Quran
Yasin memudahkan yang susah. As such read Yasin:
- Child is sick
- Feeling troubled.
- Memudahkan urusan
- Memudahkan perjalanan
- As selusoh (to ease pain when giving birth)
Read Yasin (3x) over water
Read 3 Qul (three times each)
Fatihah
Baca Yasin sebelum tidur,seperti khatam Quran (10x)
Jika baca Yasin sebelum tidur serta faham maksudnya sekali,sekira mati dalam tidur,dosa diampunkan.
Ayat 9 - "Wajaalna...."
Lindungi rumah dari pencuri-baca dan tiup di tiap-tiap penjuru rumah..
Lindungi diri dari dianiaya
Bagi perlindungan diri dan rumah semasa tidur
Baca Ayat 9
Fatihah
Read 3 Qul (three times each)
Ayat Kursi
Ayat 29 - "In kanat illa...."
Untuk mendiamkan orang yang selalu melempar kata-kata buruk/tidak menyenangkan kepada anda.
Ayat 36 - "subhanallazi.."
Untuk cari jodoh * Tiup 7 kali dalam tangan dan sapu ke muka pada pagi hari
Ya Wadud (3x)
Ayat 58 - "Salamun..."
Jika sakit anggota
Tak tenang hati
Baca (7 x) dan gosok pada tempat sakit
Ayat 76 - "Falayahzun.."
Bila rasa sedih
Untuk menenangkan hati
Gosok jantung sambil baca
Ayat 78 - 79 "dari Yuhyil Wahiya..."
Tulang patah
Sakit sendi
Sakit lutut
Ayat 82 - "Innama amruhu.."
Jika mandul
Untuk mengubati kanser atau tumbuhan dalam badan Dari method
- Sembahyang tahjud
- Sembahyang hajat
- Doa minta hajat
- Baca ayat 100 x dengan yakin
- Amalkan 41 malam Wet method (untuk menyembuh penyakit dalam badan)
- Seperti di atas
- Bila baca ayat, tiup dalam air
- Minum 1 cawan air pada pagi hari sebelum makan / minum benda lain
- Doa sambil minum
- Untuk 41 pagi
Wallahu A'lam.
Yang penting sesuatu itu yang hendak kita lakukan dengan .. innamal a'maalu binniat.. dan ikhlas melakukannya.
Dalam YASSIN merangkum:
Ilmu Pertanian
Ilmu Falak
Ilmu Laut
Ilmu Kiamat
Ilmu Ciptaan Manusia
Ilmu Binatang
Ilmu Kenabian
Surah Yassin ini hendaklah dibaca ketika orang sakit,tengah nazak nak mati atau sudah meninggal dunia.Baca disisi
mereka dan bukannya di kubur.(terutama ayat 12) -sebab kenapa kita perlu baca, agar orang yang sakit berada dalam
kesenangan dan orang yang masih hidup insaf bahawa esok,lusa kita akan menyusul jua.
***** sekadar informasi *******
Kekuatan Buah-buahan yang diceritakan dari dalam Al-Quran adalah:
Buah Zaiton - Elok untuk kulit
Kurma - Berkhasiat (memberi tenaga)
Delima - Dalam sebiji buah ada sebutir biji yang menjadi penawar ubat yang mujarab.
Ad Tin - Memberi kekuatan - tenaga, fikiran lemah, tidak boleh beranak.
Wallahu A'lam...
*** Kebesaran Islam ***
LARANGAN-LARANGAN TERRHADAP AMALAN PERBUATAN DAN KEBIASAAN YANG BOLEH MEROSAKKAN KESIHATAN TUBUH BADAN
1) Mandi setelah makan.
2) Sentiasa berada dalam keadaan keluh-kesah dan berdukacita.
3) Berada dalam keadaan terlalu lapar.
4) Berjaga malam selain dari Qiamullail.
5) Memakan daging yang tidak disembelih mengikut hukum Islam.
FAKTOR-FAKTOR YANG MENGUATKAN TENAGA TUBUH BADAN
1) Memakan daging.
2) Selalu menghidu bau-bauan yang sedap.
3) Banyak mandi yang bukan dari mandi kerana jimak.
4) Sentiasa memakai pakaian yang diperbuat dari kapas.
5) Mandi dalam keadaan perut yang sederhana, tidak terlalu lapar atau terlalu kenyang.
6) Memakan makanan yang agak manis.
FAKTOR YANG BOLEH MENDATANGKAN PENYAKIT
1) Bercakap banyak.
2) Tidur banyak.
3) Makan banyak.
FAKTOR YANG BOLEH MELEMAHKAN BADAN
1) Sentiasa berada dalam dukacita dan keluh kesah.
2) Banyak minum air yang bercampur dengan air liur kita sendiri.
3) Banyak memakan makanan yang serba masam.
SUPAYA BADAN SENTIASA SIHAT
1) Minumlah madu lebah asli yang dibubuhkan ke dalam air sejuk (masak).
2) Sentiasa meminum air lebihan (baki) dari wuduk.
BAGI MENAMBAHKAN KECERDASAN AKAL
1) Tinggalkan dari bercakap kosong.
2) Sentiasa bersugi.
3) Sentiasa bersama-sama dengan orang alim.
MAKANAN ATAU MINUMAN YANG TERJATUH LALAT KE DALAMNYA,MAKANLAH,JANGAN DIBUANG
Jika terjatuh lalat ke dalam makanan atau minuman,hendaklah anda tenggelamkan keseluruhan badannya ke dalam makanan atau
minuman itu, kemudian ambil dan buangkan lalat itu.Ianya tidak racun lagi/sudah
selamat digunakan.
Ingat jangan membazir,orang yang membazir itu adalah saudara atau sahabat syaitan.
FAKTOR-FAKTOR YANG MEMBAWA KEPADA MENJADI PELUPA/MELEMAHKAN DAYA INGATAN DAN KEFAHAMAN
1) Melihat pekara-pekara yang haram.
2) Membuang air kecil semasa sedang menggosok gigi.
3) Meminum minuman atau memakan makanan yang bercampur semut.
4) Tidak membaca Al-Quran.
5) Meminum atau memakan yang haram atau yang diperolehi dengan cara yang haram.
6) Mengumpat dan mengata.
7) Terlalu memikir tentang wanita atau sebaliknya.
8) Asyik bercinta-cintaan (bukan cara Islam).
9) terlalu memikirkan yang bukan-bukan.
10) Sentiasa berada dalam keluh kesah atau dukacita.
LARANGAN DAN PERATURAN SELEPAS MAKAN
1) Di larang keras tidur selepas makan kerana mendatangkan keras hati.
2) Hendaklah berjalan selepasnya sekurang-kurangnya 40 langkah.
3) Sebaik-baik hendaklah bersembahyang selepasnya supaya makanan mudah hadam.
SUPAYA AIR YANG DIMINUM MENDATANGKAN KESIHATAN UNTUK BADAN SEBOLEH-BOLEHNYA JANGAN MEMINUM AIR DI WAKTU-WAKTU BERIKUT :
1) Selepas bersenam,bersukan atau melakukan kerja-kerja berat.
2) selepas makan atau sebelumnya.
3) Ketika sedang makan.
4) Selepas memakan buah-buahan.
5) Selepas keluar dari bilik mandi.
6) Ketika terjaga dari tidur.
CARA TIDUR YANG SEBAIK-BAIKNYA DIAMALKAN OLEH RASULULLAH S.A.W.
1) Tidurlah di awal malam sesudah menunaikan sembahyang Isyak jam 10.00 atau 11.00 dengan keadaan berwuduk.
2) Bangkitlah di awal separuh kedua malam jam 1.00 atau 2.00,kemudian bersugi,berwuduk dan bersembahyang tahajjud.
3) Kemudian tidurlah semula dan bangkitlah sebelum terbit fajar.
4) Tidurlah dengan mengiringkan badan di sebelah rusuk kanan,rusuk kiri di bahagian atas,supaya tetap kedudukan makanan
di dalam usus,cepat hadam makanan.Tidurlah sedemikian dari mula hingga akhirnya.
WAKTU-WAKTU YANG TIDAK DIBENARKAN TIDUR
1) Awal-awal pagi setelah terbit matahari.
2) Selepas masuk waktu Asar.
3) Tidur di bawah cahaya matahari waaupun terkena separuh dari badan.
BAHAYA TIDUR DI SIANG HARI
Dilarang tidur di siang hari di dalam keadaan cuaca yang panas kerana:
1) Mendatangkan penyakit-penyakit kulit.
2) Merosakkan warna kulit.
3) Melemahkan jantung.
4) Menambahkan tekanan perasaan yang meluap.
5) Melemahkan badan dan mengurangkan tenaga syahwat.
6) Melemahkan kecerdasaan akal.
CARA MENGHINDARKAN LESU SELEPAS BANGKIT DARI TIDUR
1) Bersihkan tubuh,terutamanya bahagian muka,tangan dan kaki sebelum masuk tidur.
2) Hindarkan dari tidur lewat malam.
3) Lakukan gerak badan dan senaman di atas katil setelah jaga dari tidur sebelum turun dari katil.
4) Minumlah segelas air masak setiap pagi sebelum tidur bersarapan tetapi jangan selepas saja bangun dari tidur.
5) Cucilah muka terutama bahagian kelopak mata dengan air suam.
6) Ambil wuduk dan bersembahyang Subuh.
PEKARA-PEKARA YANG BOLEH MELEMAHKAN TENAGA DAN MEMPERCEPATKAN TUA
1) Terlalu banyak bercita-cita atau berangan-angan.
2) Banyak minum air di waktu pagi.
3) Banyak memakan atau meminum yang seba masam.
SEBAB-SEBAB UTAMA DITIMPA PENYAKIT JANTUNG
1) Merokok yang berterusan.
2) Kolestrol yang berlebihan (punca yang utama).
3) Kurang tidur.
4) Sentiasa mandi di tengah malam.
5) Melakukan kerja secara berterusan.
FAKTOR-FAKTOR YANG MEMBAWA KEPADA LEMAH DAYA PENGLIHATAN
1) Melihat kepada benda-benda kotor.
2) Melihat kepada palang /salib.
3) Duduk dengan membelakangkan kiblat.
4) Berpagi dan berpetang dengan muka yang muram.
5) Banyak menangis.
Wallahu A'lam..
*** Kisah Benar ***
Kisah Saudara Baru - Aminah Assilmi
Pengenalan Dan Keputusan
Saya bertemu dengan orang Islam buat pertama kalinya semasa sedang menghabiskan ijazah di dalam bidang Rekreasi.
Saya membuat pra-pendaftaran subjek untuk semester tersebut dan pergi ke Oklahoma untuk mengendalikan urusan keluarga.
Urusan tersebut menyebabkan saya lewat hampir dua minggu dan oleh yang demikian,tidak dapat lagi membuang mana-mana subjek.
Walaupun lewat,saya tidaklah risaukan pelajaran yang terlepas kerana saya adalah pelajar terbaik di dalam bidang
berkenaan.Saya telah memenangi berbagai 'award' walaupun hanya seorang pelajar dan mampu bersaing dengan para professional.
Seperkara yang anda harus faham,walaupun saya belajar dan cemerlang di kolej,menjalankan perniagaan sendiri dan
mempunyai ramai teman rapat,saya adalah seorang yang amat pemalu.Saya lambat untuk mengenali seseorang dan jarang bercakap
kecuali jika terpaksa,atau kerana sudah mengenali orang tersebut.Saya hanya merasa selesa di kalangan kanak-kanak.
Kembali kepada cerita saya.Cetakan komputer pendaftaran semester tersebut menyebabkan saya amat terperanjat.Saya telah
didaftarkan untuk kelas Teater.sebuah kelas di mana saya dikehendaki membuat persembahan di hadapan orang ramai!.Saya tidak
mampu walau untuk bertanyakan soalan di dalam kelas,apatah lagi untuk naik ke atas pentas di hadapan orang ramai? Suami
saya,seperti biasa dengan sikap tenangnya menyarankan supaya saya menerangkan masalah kepada guru berkenaan dan akhirnya
beliau bersetuju mencari jalan untuk membantu. Maka saya pun pergi ke kelas pada Selasa berikutnya..
Apabila hendak memasuki kelas,saya mendapat 'kejutan' yang kedua.Kelas tersebut penuh dengan orang-orang Arab dan
"penunggang unta".Saya tidak pernah berjumpa mereka tapi pernah mendengar tentangnya.
Tidak mungkin saya akan duduk sekelas dengan 'kafir-kafir kotor' ini! Manalah tahu,mungkin saya akan dijangkiti
penyakit daripada mereka.Semua orang tahu mereka itu kotor dan tidak boleh dipercayai. Saya lantas menutup pintu dan pulang
ke rumah.(Ada satu perkara yang perlu anda tahu.Pada masa itu saya memakai skirt pendek kulit,baju singkat dan terdapat
segelas wain di tangan saya.,tapi merekalah yang dianggap jahat dalam fikiran saya).
Apabila saya memberitahu suami saya tentang orang-orang Arab di dalam kelas dan tidak mungkin saya kembali ke kelas,
suami saya dengan tenangnya mengingatkan bahawa Tuhan mempunyai sebab untuk segalanya dan mungkin saya patut mengambil masa
berfikir sebelum membuat keputusan. Dia juga mengingatkan yang saya tentang tajaan biasiswa yang membayar tuisyen saya
dan saya perlu mengekalkan G.P.A saya atau memusnahkan segala peluang saya.
Saya berdoa untuk petunjuk selama dua hari.Saya kembali ke kelas pada hari Khamis dengan keyakinan bahawa Tuhan
meletakkan saya di situ untuk menyelamatkan orang-orang Kafir bodoh itu daripada api neraka.
Saya terus menerangkan kepada mereka bahawa mereka akan dibakar api neraka buat selama-selamanya sekiranya tidak
menerima Jesus sebagai penyelamat.Mereka mendengar dengan sopan,tetapi tidak menukar pegangan. Saya terus mencuba untuk
mengubah pegangan mereka tetapi tidak berjaya. Jadi saya mengambil keputusan membaca sendiri buku mereka untuk membuktikan
bahawa Islam adalah agama palsu dan Mohammed adalah tuhan palsu.
Salah seorang pelajar di situ memberikan saya salinan Quran dan buku mengenai Islam,dan saya pun memulakan kajian.
Saya pasti bahawa saya akan menemui bukti hujah saya dengan cepat.Saya membaca Quran dan buku tersebut dan 15 lagi buah
buku,Sahih Muslim,dan kembali kepada Quran.Saya begitu bersungguh-sungguh untuk menukar agama mereka.Kajian tersebut
berlanjutan sehingga satu setengah tahun.
Dalam masa tersebut,saya mula menghadapi masalah dengan suami saya.Saya makin berubah,walaupun sedikit tetapi cukup
untuk mengganggunya.Kami selalu pergi ke bar setiap Jumaat dan Sabtu,atau ke parti,tetapi saya tidak lagi ingin ke sana.
Saya menjadi semakin pendiam dan dingin.Dia yakin saya ada hubungan dengan orang lain dan menghalau saya keluar.Saya
berpindah ke sebuah apartmen dengan anak-anak dan meneruskan usaha dengan bersungguh-sungguh untuk menukar agama para
Muslim tersebut ke Kristian.
Pada suatu hari,seseorang mengetuk pintu rumah saya.apabila dibuka saya mendapati terdapat seorang lelaki yang memakai
baju tidur panjang berwarna putih dengan alas meja berkotak warna merah putih di atas kepalanya.Dia ditemani tiga lagi
lelaki yang juga memakai pajama. (Itulah kali pertama saya melihat mereka memakai baju kebangsaan mereka).Saya mulanya
merasa agak marah kerana mereka hanya datang dengan pakaian tidur.Mereka fikirkan saya ini wanita jenis apa?Tidakkah
mereka ada rasa malu dan harga diri? Bayangkan betapa terperanjatnya saya apabila si lelaki yang memakai alas meja di
kepala itu mengatakan bahawa mereka difahamkan yang saya ingin menjadi seorang Muslim.Saya dengan pantas menjawab yang
saya tidak mahu menjadi Muslim.Saya adalah seorang Kristian.Walaubagaimanapun,saya ada beberapa kemusykilan. Itupun kalau
mereka ada masa....
Namanya ialah Abdul Aziz Al-Shiek dan dia sudi meluangkan masanya.Dia sangat sabar dan membincangkan setiap soalan
bersama saya. Dia tidak pernah membuat saya rasa bodoh atau mengatakan soalan saya itu remeh.Dia bertanya adakah saya
percaya bahawa Tuhan hanya satu dan saya berkata ya.Kemudian adakah saya percaya bahawa Mohammad itu PesuruhNya?.Lagi
sekali saya mengatakan ya.Dia memberitahu saya bahawa saya sudah pun menjadi Muslim!
Saya tetap bertegas bahawa saya adalah Kristian.Saya hanya mencuba memahami Islam. (Dalam hati saya berfikir : Tidak
mungkin saya seorang Muslim! Saya adalah orang Amerika dan berbangsa kulit putih! Apa suami saya akan kata? Jika saya
Muslim,saya harus menceraikan suami saya.Matilah keluarga saya!).
Kami meneruskan perbualan.Dia kemudiannya menerangkan yang untuk mencapai pengetahuan dan pemahaman rohani adalah
seperti mendaki tangga.Jika kita mendaki dan cuba "skip" beberapa anak tangga,maka kita dalam keadaan bahaya dan
berkemungkinan jatuh.Mengucap Syahadah adalah hanya langkah pertama pada tangga tersebut.Kami ada banyak lagi yang perlu
dibualkan.
Pada petang tersebut,saya mengucap Syahadah.Walaubagaimanapun ada beberapa perkara yang masih belum dapat saya terima
dan memang sifat semulajadi saya untuk berterus-terang lalu saya meletakkan "disclaimer" pada Syahadah saya.Saya berkata
" Saya naik saksi bahawa tiada Tuhan selain Allah dan Mohammad adalah PesuruhNya tetapi,saya tidak sesekali akan menutup
rambut saya dan jika suami saya kahwin lain,saya akan "castrate" (kasi) dia".
Saya mendengar lain-lain lelaki di situ menarik nafas terkejut, tetapi Abdul Aziz menyuruh mereka diam.Kemudiannya
saya dapat tahu dia memberitahu rakan-rakanya jangan sesekali membincangkan dua perkara itu dengan saya.Dia yakin saya
sendiri akan faham tentang perkara tersebut.
Syahadah sememangnya langkah paling mantap dalam tangga mencapai pengetahuan rohani dan mendekatkan diri kepada Allah
tetapi pendakian saya agak perlahan.Abdul Aziz berterusan datang menziarahi saya dan menjawab soalan-soalan saya.Dia tidak
pernah mencela saya atas soalan-soalan yang mungkin dianggap bodoh atau remeh.Dia memberitahu saya soalan yang bodoh ialah
soalan yang tidak pernah ditanya.Hmm... nenek saya juga selalu berkata begitu.Dia menerangkan bahawa Allah menyuruh kita
mencari ilmu dan bertanya adalah salah satu cara untuk mendapatkannya.
Pada tahun-tahun seterusnya,saya telah mendapat ramai guru. Setiap satunya adalah istimewa dan berlainan antara satu
sama lain. Setiap guru telah membantu saya mencintai Islam.Apabila pengetahuan saya bertambah,perubahan pada diri saya
makin bertambah.Pada tahun pertama saya memeluk Islam,saya telahpun memakai hijab.Saya tidak tahu bagaimana ianya bermula.
Segalanya datang dengan semulajadi,dengan pemahaman dan pengetahuan yang kian bertambah.Saya juga menjadi penyokong kepada
poligami.Saya tahu yang sekiranya Allah membenarkannya,maka tentu ada sesuatu yang baik di sebaliknya.
Semasa saya mula mempelajari Islam,saya tidak menyangka saya akan berjumpa sesuatu yang saya perlu atau mahu dalam
kehidupan peribadi saya.Saya sama sekali tidak menyangka Islam akan merubah hidup saya.Tiada manusia yang boleh menyakinkan
saya bahawa pada satu hari saya akhirnya akan berasa tenang dan hidup penuh cinta dan keriangan semata-mata kerana Islam.
Bagaimana Islam mengubah cara hidup saya
"Kita akan lebih menghargai cahaya..sekiranya kita pernah hidup dalam kegelapan"
Semasa saya mula memeluk Islam,saya tidak menyangka ianya akan memberi kesan kepada hidup saya.Islam tidak hanya
membawa kesan,bahkan ia mengubah kehidupan saya sepenuhnya.
1) Kehidupan berkeluarga :
Saya dan suami saya amat mencintai satu sama lain.Cinta itu masih wujud.Tetapi apabila saya mula mempelajari Islam,
kami mula menghadapi masalah.Pada masa itu saya tidak sedar yang saya sedang berubah.Dia menganggap sesatunya perkara yang
menyebabkan saya berubah ialah lelaki lain.Saya tidak dapat membuatkan dia faham apa yang telah merubah saya kerana saya
sendiri tidak tahu.
Setelah saya sedar yang saya adalah seorang Muslim,ianya masih tidak membantu. Lagipun... sesatunya sebab yang boleh
membuat seseorang wanita mengubah sesuatu yang penting seperti agamanya mestilah kerana seorang lelaki.Dia tidak menjumpai
sebarang bukti berkenaan lelaki khayalan ini...tetapi ianya dianggap pasti wujud.Perkahwinan kami berakhir dengan
perceraian yang buruk. Mahkamah membuat keputusan bahawa agama yang bukan ortodoks (seperti Islam) akan mencacatkan
perkembangan anak-anak kami.Maka mereka telah diambil dari jagaan saya.
Semasa proses perceraian,ada suatu ketika di mana saya diberitahu yang saya mempunyai pilihan.Saya boleh meninggalkan
agama ini dan kekal dengan anak saya,atau meninggalkan anak saya dan kekal dengan agama ini.Saya sungguh terkejut.Bagi saya
ini bukanlah pilihan. Sekiranya saya meninggalkan Islam,saya akan mengajar anak saya untuk bersikap berpura-pura....kerana
saya tidak dapat menyangkal apa yang ada di dalam hati saya.Saya tidak dapat meninggalkan Allah,buat masa itu mahupun
selama-lamanya.Saya berdoa dengan sesungguh hati.Selepas tempoh masa 30 minit itu berakhir,saya tahu bahawa..tiada tempat
yang paling selamat bagi anak-anak saya melainkan di bawah lindungan Allah. Sekiranya saya meninggalkanNya,maka pada masa
hadapan hilanglah jalan untuk saya menunjukkan kepada anak-anak saya keajaiban bersama Allah. Mahkamah diberitahu yang saya
akan meninggalkan anak-anak saya di dalam tangan Allah.Jadi ini bukanlah bermakna saya telah menolak anak-anak saya.
Saya meninggalkan mahkamah dengan kesedaran yang saya akan menderita tanpa anak-anak saya.Hati saya berdarah,walaupun
saya tahu saya telah membuat keputusan yang betul.Saya mendapat kedamaian di dalam AyatUl-Kursi.
Hak penjagaan anak dan perceraian bukanlah sesatunya masalah yang terpaksa saya hadapi.Kesemua keluarga saya tidak
dapat menerima pilihan saya.Kebanyakan daripada mereka tidak mahu langsung mengambil tahu lagi hal saya.Ibu saya menganggap
saya sedang melalui satu fasa ("phase") dan lambat laun akan keluar daripadanya.Kakak saya "pakar kesihatan mental"
percaya saya telah gila dan patut disumbat ke hospital gila.Bapa saya menganggap saya patut dibunuh sebelum saya jatuh
lebih jauh ke dalam Neraka.Tiba-tiba saya mendapati diri saya tanpa suami dan keluarga.Apa pula lagi yang akan saya hadapi
selepas ini?
2) Sahabat-handai :
Kebanyakan sahabat-handai saya menjauhkan diri dari semasa tahun pertama lagi.Sudah tidak seronok bergaul dengan saya.
Saya tidak mahu ke parti atau bar.Saya tidak berminat mencari teman lelaki.Apa yang saya buat hanya membaca Quran dan
bercakap tentang Islam.Sungguh membosankan. Pada masa itu saya masih belum mempunyai pengetahuan yang cukup untuk
memahamkan mereka betapa indahnya Islam.
3) Pekerjaan :
Saya juga kehilangan pekerjaan.Walaupun saya telah memenangi pelbagai anugerah dalam bidang saya dan diiktiraf sebagai
"trend setter" dan mampu menghasilkan wang,hari saya memakai hijab adalah hari akhir bagi pekerjaan saya.Saya sekarang
tidak mempunyai keluarga,kawan mahupun pekerjaan.
Dalam semua keadaan ini,cahaya di dalam hidup saya ialah nenek. Dia sukakan pilihan saya dan menyertai saya.Saya tahu
nenek saya memang seorang yang amat bijaksana.Sejurus selepas itu beliau meninggal dunia. Apabila saya fikirkan kembali,
saya hampir merasa cemburu.Pada hari beliau mengucapkan Syahadah,ke semua amalan buruknya terhapus manakala amalan baiknya
dipelihara.Beliau meninggal tidak berapa lama selepas memeluk Islam dan saya tahu BUKUnya akan berat di sebelah kebaikan.
Itu sudah cukup menggembirakan saya.
Apabila pengetahuan saya semakin bertambah dan saya dapat menjawab soalan-soalan dengan lebih baik,banyak perkara
berubah.Tetapi nampak paling besar ialah perubahan pada diri saya.Beberapa tahun selepas saya mengisytiharkan keislaman
saya pada umum,ibu saya menelefon dan mengatakan dia tidak tahu mengenai Islam tetapi dia berharap saya akan kekal
dengannya.Dia sukakan perubahan pada diri saya.Beberapa tahun kemudian dia menelefon lagi dan bertanya apa yang perlu dia
lakukan untuk menjadi seorang Muslim.Saya memberitahunya apa yang perlu dibuat ialah mengetahui yang hanya ada satu Tuhan
dan Muhammad ialah pesuruhNya.Jawapan yang diberikannya "Orang bodoh pun tahu itu..tapi apa yang perlu dibuat sebenarnya?"
Saya mengulang kembali apa yang telah saya katakan dan dia berkata :"OK..tapi tak perlulah beritahu ayah lagi".
Dia tidak tahu yang ayah saya telah berbual perkara yang sama beberapa minggu sebelum itu.Bapa kandung saya pula telah
melakukannya dua bulan sebelumnya.Kemudian,kakak saya (si pakar mental) itu memberitahu yang saya adalah orang yang paling
'bebas' yang dia pernah kenali.Itulah pujian paling bermakna yang saya terima kerana ianya datang daripada dia.
Ramai lagi anggota keluarga saya yang telah menemui Islam saban tahun.Saya paling gembira apabila mendengar berita
bahawa bekas suami saya juga telah memeluk Islam.Apabila ditanya mengapa, dia berkata yang dia telah memerhatikan saya
selama 16 tahun dan dia mahukan anak perempuannya mendapat apa yang saya ada.Dia datang dan memohon maaf atas perbuatannya
yang lalu.Saya telah lama memaafkannya.Anak lelaki sulung saya juga telah mengumumkan bahawa dia akan memeluk Islam.
Saya telah dikenali kerana ceramah-ceramah yang saya berikan mengenai Islam,dan ramai pendengar yang telah memilih untuk
menjadi Muslim.Ketenangan dalam jiwa saya terus bertambah dengan pengetahuan dan keyakinan saya terhadap kebijaksanaan
Allah.Saya tahu Allah bukan sahaja Pencipta kita,tetapi juga sahabat yang paling akrab.Saya tahu Allah akan sentiasa
berada di sisi saya dan tak akan menolak kita.Bagi setiap satu langkah saya kepadaNya,Dia datang dengan 10.
Allah juga telah menguji saya,dan sebagaimana yang dijanjikan, memberikan anugerah lebih daripada apa yang saya
harapkan.Beberapa tahun lalu,doktor memberitahu yang saya menghidap kanser di peringkat serius.Mereka mengatakan tiada lagi
penawar kerana ia terlalu 'advanced' dan menyiapsediakan saya untuk menghadapi kematian.Saya mungkin hanya ada satu tahun
untuk hidup.Saya risaukan anak-anak saya, terutamanya yang paling kecil.Siapa yang akan menjaganya? Walaubagaimanapun saya
tidak bersedih.Kita semua akan mati.Saya yakin kesakitan yang saya tanggung ini mengandungi hikmahNya.
Saya tidak mengambil masa yang lama untuk menyedari akan RahmatNya.Sahabat-handai tiba-tiba hadir entah dari mana.Saya
dikurniakan kesempatan menunaikan Haji.Yang lebih pentingnya,saya belajar betapa pentingnya bagi saya berkongsi kebenaran
Islam dengan semua orang.Saya tidak kisah samada manusia,Muslim atau tidak,bersetuju atau sukakan saya.Saya hanya perlukan
keredhaan Allah. Kasih-sayang yang saya mahukan hanya dari Allah.Tetapi, saya mendapati orang ramai,yang tanpa sebarang
sebab yang nyata,telah menyayangi saya.Saya bersyukur, kerana saya pernah membaca, sekiranya Allah menyayangi seseorang,Dia
akan membuatkan manusia juga mencintai orang itu.Saya tidak layak menerima semua kasih sayang itu.Pastinya ini adalah
salah satu hadiah lagi daripada Allah.
Tiada kata untuk saya menerangkan bagaimana berubahnya hidup saya.Alhamdulillah! Saya amat gembira saya adalah
seorang Muslim.Islam adalah hidup saya.Islam adalah denyutan jantung saya.Islam adalah darah yang mengalir dalam diri saya.
Islam adalah kekuatan saya.Islam menjadikan hidup saya indah dan gemilang.Tanpa Islam,saya tiada apa dan sekiranya Allah
berpaling dari saya,saya tidak akan hidup.
Wallahu A'lam...
Monday, February 18, 2008
KEBERKATAN YASSIN
Posted by Zulkefli Bin Mohamad at 5:14 AM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment