Saturday, December 29, 2007

Kisah Neraka Allah Bagi Umatnya Yg Melanggar Perintahnya

RASULULLAH SAW terlalu sayangkan umatnya. Hal ini ternyata apabila Baginda diberitahu oleh Jibrail bahawa ada umaBaginda risau dan sedih serta pengsan apabila diberitahu Jibrail bahawa ada umatnya yang berdosa dan tidak sempat bertaubat atas perbuatannya bakal menjadi penghuni neraka.

Begitu cintanya Rasulullah kepada umatnya. Diriwayatkan daripada Yazid Arraqqasyi daripada Anas bin Malik berkata, malaikat Jibril datang kepada Rasulullah dengan air muka yang berubah.

Kemudian Rasulullah bertanya: "Mengapa aku melihat kau berubah muka?"

Jawabnya: "Ya Muhammad, aku datang kepadamu kerana Allah menyuruh supaya dikobarkan penyalaan api neraka. Maka, tidak layak bagi orang yang mengetahui neraka jahanam, seksa kubur dan seksa Allah itu benar untuk bersuka-suka sebelum dia berasa aman daripadanya."

Rasulullah kemudian bersabda: "Ya Jibril, jelaskan kepada aku bagaimana sifat neraka jahanam?"

Jawabnya: "Ketika Allah menjadikan Jahanam, ia dinyalakan selama 1,000 tahun sehingga warnanya bertukar putih. Kemudian dinyalakan lagi sehingga 1,000 tahun sehingga warnanya hitam dan ia tidak pernah padam.

“Demi Allah yang mengutus engkau dengan hak, jika ia terbuka walaupun hanya sebesar lubang jarum, seluruh penduduk dunia akan terbakar kerana kepanasannya!

"Jika baju ahli neraka digantung antara langit dengan bumi, manusia di dunia akan mati kerana panasnya dan jika satu pergelangan daripada rantai yang disebut dalam al-Quran itu diletakkan di atas bukit, ia akan cair sehingga ke bawah bumi yang ketujuh.

"Neraka jahanam sangat dalam dan perhiasannya daripada besi. Minuman untuk penghuninya campuran air panas dan nanah manakala pakaian mereka diperbuat daripada potongan api. Api neraka mempunyai tujuh pintu.

“Setiap pintu itu pula mempunyai bahagian tertentu daripada lelaki dan perempuan."
Rasulullah bertanya: "Apakah pintu itu seperti pintu rumah kami?"
Jawab Jibril: "Tidak, tetapi ia selalu terbuka. Jarak setiap pintu bersamaan dengan tempoh selama 70,000 tahun dan setiap pintu itu panasnya lebih 70 kali ganda."

Rasulullah bertanya: "Siapakah yang duduk di setiap pintu itu?"
Jawab Jibril: "Pintu yang paling bawah untuk orang munafik, orang kafir selepas turunnya mukjizat Nabi Isa serta keluarga Firaun bernama Al-Hawiyah.

"Pintu kedua untuk orang musyrikin bernama Jahim. Pintu ketiga untuk orang Shobi'in bernama Saqar. Pintu keempat untuk iblis dan pengikutnya daripada kaum Majusi bernama Ladha.

"Pintu kelima untuk orang Yahudi bernama Huthomah dan pintu keenam untuk orang Nasara bernama Sa'eir." Jibril kemudian terdiam hingga Rasulullah bertanya: "Mengapa kau tidak beritahu siapa yang akan menduduki pintu ketujuh?"
Jawabnya: "Dalamnya adalah umatmu yang berdosa besar dan mati sebelum sempat bertaubat".

Rasulullah pengsan apabila mendengar jawapan Jibril itu. Jibril kemudian meletakkan kepala Rasulullah pada pangkuannya hingga Baginda sedar dan bersabda:
"Ya Jibril, aku begitu risau dan sedih. Adakah akan ada seorang daripada umatku yang akan masuk neraka?"

Jawabnya: "Ya, iaitu orang yang berdosa besar daripada kalangan umatmu."

Rasulullah kemudian menangis, begitu juga dengan Jibril. Baginda kemudian masuk ke dalam rumahnya dan tidak keluar kecuali untuk pergi bersembahyang.

Daripada hadis qudsi: "Tahukah kamu bagaimana neraka jahanam itu?"

Pertama, ia mempunyai tujuh tingkat di mana setiap tingkat mempunyai 70,000 daerah. Setiap daerah mempunyai 70,000 kampung dan setiap kampung pula mempunyai 70,000 rumah.

Setiap rumah mempunyai 70,000 bilik manakala setiap bilik mempunyai 70,000 kotak. Bagi setiap kotak, ia mempunyai 70,000 batang pokok zarqum.

Di bawah setiap pokok zarqum, ada 70,000 ular dan dalam mulut setiap ular yang panjangnya 70 hasta itu mengandungi lautan racun hitam.

Di bawah setiap pokok zarqum itu juga, ia mempunyai 70,000 rantai dansetiap rantai itu diseret oleh 70,000 malaikat.tnya yang akan masuk ke neraka pada hari akhirat nanti.

Wednesday, December 19, 2007

Terdapat beberapa pertanyaan tentang doa yang khusus bagi kaum wanita samada dewasa dan kanak-kanak untuk mengelakkan mereka dari terperangkap dalam situasi yang boleh membawa kepada rogol, pencabulan dan lebih dahsyat lagi deraan seks yang diakhiri dengan pembunuhan.

Moga DiPelihara

Maka di sini, selain doa dari hadis sohih pelindung setiap kali keluar rumah yang telah saya paparkan di artikel berkenaan Al-Marhumah Nurin Jazlin sebelum ini. Iaitu :-

رَسُولَ اللَّهِ يقول من قال بِسْمِ اللَّهِ الذي لَا يَضُرُّ مع اسْمِهِ شَيْءٌ في الأرض ولا في السَّمَاءِ وهو السَّمِيعُ الْعَلِيمُ ثَلَاثَ مَرَّاتٍ لم تُصِبْهُ فَجْأَةُ بَلَاءٍ حتى يُصْبِحَ وَمَنْ قَالَهَا حين يُصْبِحُ ثَلَاثُ مَرَّاتٍ لم تُصِبْهُ فَجْأَةُ بَلَاءٍ حتى يُمْسِيَ

DALAM sebutan rumi : BISMILLAH ALLAZI LA YADURRU MA'ASMIHI SYAIUN FIL ARDI WA LA FIS SAMAIE , WAHUWAS SAMI'UL 'ALIM

Ertinya : Rasulullah s.a.w didengari berkata sesiapa yang berdoa : "Dengan nama Allah yang tiada dimudaratkan sesuatu apapun dengan namaNya samada di bumi dan di langit, dan Dialah maha mendengar dan maha mengetahui" sebanyak 3 kali, maka ia tidak ditimpa kesusahan bala dan musibah sehinggalah subuh esoknya, dan barangsiapa membacanya ketika subuh 3 kali, ia tidak ditimpa kesusahan bala dan musibah sehingga petangnya" ( Riwayat Abu Daud, 4/323 ; At-Tirmidizi, 5/465 dan Ahmad ; Tirmizi : Hasan - Teks doa berwarna Merah Syeikh Syuaib ; Hasan)

Ingin saya utarakan satu lagi doa sohih yang dibaca oleh isteri Nabi Ibrahim a.s (iaitu Siti Sarah) yang menyebabkan para lelaki zalim termasuk rajanya melarikan diri, saya sertakan sekali sumber rujukannya dari hadis Nabi s.a.w.

اللّهُمَّ اِنْ كُنْتَ تَعْلَمُ اني آمَنْتُ بِكَ وَبِرَسُولِكَ وَأَحْصَنْتُ فرجي إِلاَّ على زوجي فَلاَ تُسَلِّطْ عَلَىَّ الْكَافِرَ

DALAM SEBUTAN RUMI : ALLAHUMMA IN KUNTA TA'LAMU INNI AAMANTU BIKA, WA BIRASULIKA WA AHSONTU FARJI ILLA 'ALA ZAWJI FALA TUSALLIT 'ALAYYA AL-KAFIR WA AZ-ZALIM

Ertinya : Ya Allah, jika engkau mengetahui bahawa aku beriman kepada Mu dan Rasul Mu, dan aku menjaga kehormatanku hanya untuk suamiku, maka lindungilah aku daripada dikuasai oleh orang-orang kafir dan zalim" ( Riwayat Al-Bukhari, no 2104, 2/722 ; Sunan Al-Baihaqi, 5/97; Musnad ahmad, 2/403 ; Fath Al-Bari, 6/393; Umdat Al-Qari, 12/30 ; Sohih )

Semoga ia dapat dihafaz dan di amalkan oleh semua wanita Muslimah, Cuma jangan lupa bahawa doa ini bersoifat tawassul dengan amal soleh anda, iaitu apabila diikat dengan imannya dengan Allah s.w.t dan RasulNya dan telah dijaga kehormatannya dan sudah tentu auratnya.

Justeru, seolah-olah kemaqbulan doa ini juga diikat tentang kewajiban untuk beriman dengan Allah dan rasulNya dan menutup aurat anda. Tanpanya, doa ini masih amat digalakkan untuk dilakukan, cuma jaminan seolah-olah lebih pasti bagi yang apa yang dikatanya (dalam doa ini) menepati apa yang sebenarnya penampilan fizikal anda.

Justeru, jika berbaju kebaya terbelah, baju sendat menampakkan susuk tubuh, berpakaian nipis seolah telanjang, bersolek canggih seperti artis bukan Islam..sudah tentu doa ini sahaja belum cukup mampu menjaga anda. Bukan kerana Allah s.w.t tidak mampu, tetapi Allah s.w.t tidak anggap wanita itu layak dek kerana kedegilannya sendiri.

Fikirkanlah.

Sunday, December 16, 2007

Peringatan Kepada Insan Yg Bernama Lelaki

Jangan katakan lelaki biasa, Nabi pun terasa sunyi tanpa wanita.
Tanpa mereka, hati, fikiran dan perasaan lelaki akan resah.

Masih mencari walaupun sudah ada segala-galanya.
Apa lagi yang tidak ada di syurga, namun Nabi Adam a.s tetap rindukan Siti Hawa.
Kepada wanitalah lelaki memanggil ibu, isteri atau puteri.
Dijadikan mereka dari tulang rusuk yang bengkok untuk diluruskan oleh lelaki,
tetapi kalau lelaki sendiri yang tak lurus, tak mungkin mampu nak meluruskan mereka.
Tak logik kayu yang bengkok menghasilkan bayang-bayang yang lurus.
Luruskanlah wanita dengan cara yang ditunjuk Allah,
kerana mereka dicipta sebegitu rupa oleh-Nya.
Didiklah mereka dengan panduan dariNya.

JANGAN CUBA JINAKKAN MEREKA DENGAN HARTA,
NANTI MEREKA SEMAKIN LIAR.
JANGAN HIBURKAN MEREKA DENGAN KECANTIKAN,
NANTI MEREKA SEMAKIN MENDERITA

Yang sementara itu tidak akan menyelesaikan masalah.
Kenalkan mereka kepada Allah, zat yang kekal, itulah suisnya.

AKAL SETIPIS RAMBUTNYA, TEBALKAN DENGAN ILMU.
HATI SEPARUH KACA, KUATKAN DENGAN IMAN.
PERASAAN SELEMBUT SUTERA, HIASILAH DENGAN AKHLAK.

Suburkanlah kerana dari situlah nanti mereka akan nampak nilaian dan keadilan Tuhan.Akan terhibur dan bahagialah hati mereka,walaupun tidak jadi ratu cantik dunia, presiden, perdana menteri negara ataupun women gladiator.
Bisikkan ke telinga mereka bahawa kelembutan bukan suatu kelemahan.
Itu bukan diskriminasi Tuhan. Sebaliknya disitulah kasih sayang Tuhan,
kerana rahim wanita yang lembut itulah yang mengandungkan lelaki-lelaki waja :
negarawan, karyawan, jutawan dan " wan-wan" lain.Tidak akan lahir superman tanpa superwoman. Wanita yang lupa hakikat kejadiannya, pasti tidak terhibur dan tidak menghiburkan. Tanpa ilmu, iman dan akhlak, mereka bukan sahaja tidak boleh diluruskan bahkan mereka pula membengkokkan.

LEBIH RAMAI LELAKI YANG DIROSAKKAN OLEH PEREMPUAN
DARIPADA PEREMPUAN YANG DIROSAKKAN OLEH LELAKI.
SEBODOH-BODOH PEREMPUAN PUN BOLEH MENUNDUKKAN
SEPANDAI-PANDAI LELAKI.

Itulah akibatnya apabila wanita tidak kenal tuhan.
Mereka tidak akan kenal diri mereka sendiri, apalagi mengenal lelaki.
Kini bukan saja ramai boss telah kehilangan secretary,
bahkan anak pun akan kehilangan ibu, suami kehilangan isteri dan bapa akan kehilangan puteri.
Bila wanita durhaka dunia akan huru-hara.
Bila tulang rusuk patah, rosaklah jantung, hati dan limpa.

Para lelaki pula jangan hanya mengharap ketaatan tetapi binalah kepimpinan.
Pastikan sebelum memimpin wanita menuju Allah,
PIMPINLAH DIRI SENDIRI DAHULU KEPADANYA.
Jinakkan diri dengan Allah, nescaya akan jinaklah segala-galanya dibawah pimpinan kita.

JANGAN MENGHARAP ISTERI SEPERTI SITI FATIMAH

KALAU PERIBADI BELUM LAGI SEPERTI SAYIDINA ALI.

sekadar peringatan

Rebutlah Pangkat Isteri Dan Wanita Solehah



Allah swt Maha Pemurah dan Penyayang ke atas hamba-hambanya. Bagi kaum wanita ada 4 tiket untuk mereka masuk ke syurga, iaitu apabila mereka berjaya menjaga sembahyang fardhu, puasanya di bulan Ramadhan, ketaaatan kepada suami dan kehormatannya. Melalui empat perkara ini juga menyebabkan seseorang wanita itu boleh mencapai taraf solehah dan bertaqwa.

Begitu Penyayangnya Allah kepada insan yang bergelar wanita. Tetapi cuba kita renungkan kembali sejauh manakah kita telah berjaya meraih keempat-empat perkara ini dengan sebaik-baiknya. Sembahyang fardhu kebanyakannya tidak khusyuk. Semasa bersembahyang sahaja aurat ditutup tetapi selepas itu kita kembali dengan pakaian yang mendedahkan aurat. Puasa kita sekadar menahan lapar dan dahaga tetapi mulut masih mengumpat. Ketaatan kepada suami dibuat sambil lewa malah suami kadangkala dijadikan seperti lembu yang diikat hidungnya dengan tali (disuruh membuat itu dan ini). Ada yang menjadi pelacur dan menjual maruahnya untuk mendapatkan wang.
Sepatutnya kita kena banyak menangisi diri yang gagal menunaikan amanah Allah itu. Rasulullah selepas di Isyrak Mikrajkan, baginda tidak henti-henti menangis kerana terlalu amat sedih dan sentiasa berdoa kepada Allah swt supaya kaum wanita dan umat-umat yang disayanginya diselamatkan dari azab api neraka. Bayangkanlah, baginda saksikan bahawa di dalam neraka itu 75% adalah terdiri dari kaum Hawa. Badan-badan kita akan disambar oleh api neraka dan terbakar rentung dan akan diperbaharui lagi daging-daging tubuh lalu dibakar lagi hingga mengikut sebanyak mana dosa yang telah kita lakukan itu. Beruntunglah bagi mereka-mereka yang beramal soleh. Wanita-wanita yang solehah akan disambut oleh 'wildan-wildan'nya (suami) diiringi dan serta diperelokkan kedudukannya di dalam syurga.

Bila diceritakan mengenai peribadi wanita bertaqwa dan solehah pastilah mereka-mereka ini mendapat pendidikan agama yang secukupnya. Bila ilmu telah dipelajari lantas terus diamalkannya. Maka jadilah mereka insan-insan yang terdidik untuk mentaati segala perintah Allah dan menjauhkan segala larangannya. Orang-orang yang banyak menangis kerana takutkan neraka Allah. Orang-orang yang sanggup berkorban apa saja demi kepentingan hari akhirat. Orang-orang yang sanggup hidup susah dengan berbagai ujian dan rintangan; tidak putus asa serta selalu ingat mati demi rindunya mereka untuk melihat wajah Allah swt dan Rasulullah.

Rebutlah pangkat wanita solehah yang bertaqwa kerana ianya tidak dapat dijual beli dengan dunia ini. Malahan tarafnya jauh lebih tinggi jika dibandingkan dengan apa jua pangkat nilaian di dunia ini. Semua kemegahan-kemegahan dunia ini tidak kekal lama dan biasanya kalau seseorang itu telah pencen ia akan kesepian dan dilupakan.
Seorang isteri yang solehah, dia akan melayani suaminya begitu baik sekali sebab itu merupakan tuntutan yang telah diwajibkan ke atasnya untuk dilaksanakan setelah diikat dengan ikatan ijab dan kabul. Inilah perbezaannya taraf seorang isteri dengan seorang pelacur di mana dia juga memberikan layanan yang baik kepada pelanggannya. Tetapi layanannya itu atas dasar untuk mendapatkan wang. Manakala seorang isteri yang solehah setiap perkara yang dilakukan semata-mata untuk mentaati Allah, demi untuk mendapat keredhaan-Nya.

Bila suami berhajat, hendaklah segera mendapatkannya dan tinggalkan kerja-kerja yang sedang dilakukan. Hiasilah diri dengan pakaian yang menarik, bersolek dan memakai bau-bauan. Jangan bimbangkan anak-anak yang menangis ketika itu kerana para malaikat sentiasa menjaga mereka sehingga kita selesai menunaikan amanah Allah terhadap suami kita dan mereka mendoakan semoga kita dikurniakan zuriat yang soleh dan solehah. Generasi yang bakal mengamankan dunia!

Ramai juga kaum wanita hari ini berjaya melayani suaminya dengan baik tapi bila saja suami sebut hendak kahwin seorang lagi dia mula tarik muka empat belas, hempas itu, hempas ini malah boleh jadi perang besar. inilah yang dinamakan cinta nafsu. Dia mahu dia seorang sahaja menguasai kasih sayang suami. Padanya bermadu itu suatu yang hina dan tidak mengapa kalau si suami memiliki perempuan simpanan walau sebanyak manapun.
Seorang isteri yang bertaqwa, dia tidak peduli samada hidupnya terpaksa bermadu dua, tiga atau empat sekalipun sebab itu bukan urusannya malah sebuah ketentuan dari Tuhan untuk menguji sejauh mana keikhlasannya melayani suami. Dia tidak akan ambil kisah sekiranya suaminya mengecilkan hatinya malah di hati kecilnya akan sering berkata, "Ini tugas aku dengan Allah, aku mesti laksanakan". Akhirnya tidak timbul perkelahian bila bermadu bila setiap isteri telah faham dengan kedudukannya.

Hanya isteri solehah saja yang gembira bila dimadukan sebab suaminya telah menyelamatkan seorang lagi hamba Allah bila dikahwinkan. Bila seseorang itu telah berkahwin, InsyaAllah sembahyangnya akan lebih khusyuk kerana sebagagian dari agamanya telah diselamatkan. Di samping itu berkahwin juga boleh melembutkan hati dan menenangkan fikiran.

Untuk mencapai makam isteri yang solehah dan bertaqwa bukanlah semudah yang diucapkan. Kita mesti berusaha untuk mengikis sebanyak mungkin mazmumah yang terdapat dalam diri dan selalu berharap kepada Allah supaya dimasukkan sifat-sifat mahmudah dan dibantu ketika sedang bermujahadah di dalam menghadapi berbagai ujian.
Pecahkan hati dengan banyak menangis, bukan menangis kerana sayangkan harta dunia, takut dimadu dan sebagainya tetapi menangislah kerana takutkan azab Allah yang sangat pedih dan selalulah berindu-rindu untuk melihat wajah Allah. Sesiapa yang merindui Allah, Allah juga akan merinduinya dan Rasullah akan memberi syafaat kepada sesiapa yang merinduinya dan mereka akan bersama-samanya di dalam syurga kelak.
Banyakkan berselawat kepada baginda. Hanya baginda saja yang diberi keistimewaan untuk mengenali umat-umatnya sedangkan nabi-nabi lain gagal berbuat demikian. Berkat umat-umatnya yang bersungguh-sungguh menjaga tujuh anggota lahirnya (mata, telinga, perut, kemaluan, mulut, kaki dan tangan) dari berbuat maksiat dan mengamalkan sungguh-sungguh lima hukum (wajib, sunat, makruh, halal dan haram) yang telah Allah tetapkan. Hanya mereka-mereka ini sajalah yang akan bercahaya-cahaya di Padang Mahsyar kelak dan dipimpin oleh Rasulullah untuk menuju ke syurga.

Saturday, December 15, 2007

Taubat Setelah Melakukan Dosa

Sebagai manusia kita memang tidak sunyi daripada melakukan kesalahan dan dosa,namun kita dikurniakan akal untuk memilih atau membezakan yang manakah benar dan yang manakah salah. Adalah amat rugi jika kita berkekalan dalam kesalahan ataupun dosa yang kita lakukan baik sengaja ataupun tidak.



Apakah yang membuatkan manusia itu boleh melakukan kesilapan ataupun kesalahan?

Sekiranya kita halusi pertanyaan ini, maka secara rambangnya dapat saya gariskan disini antara punca manusia melakukan kesalahan baik sengaja ataupun tidak adalah seperti berikut :



1) tidak tahu atau jahil : manusia kerap melakukan kesalahan tanpa disedari, ianya berpunca dari pada sifat jahil ataupun tidak tahu perkara yang dilakukan itu merupakan satu kesalahan. Contohnya : seringkali tanpa sedar kita bergurau dengan kawan-kawan kita ada perkataan kita yang menghiris hatinya tanpa kita ketahui. Dan akibat perkataan itu menjadikan hubungan antara dia dengan kita menjadi agak dingin dan renggang.



2) mengikut perasaan : kesalahan atau pun dosa yang dilakukan oleh manusia terkadang berpunca juga dari sifat manusia tersebut yang terlalu ikutkan perasaan dan emosi. Seperti mana yang kita tahu, apabila seseorang itu dalam keadaan marah, maka fungsi otaknya ketika itu agak terganggu sedikit akibat perasaan marah tersebut. Dan seringkali ketika dalam keadaan marah manusia jadi salah membuat keputusan dan pertimbangan. Sebagaimana yang sering kita dengar ataupun baca di media-media masa, sesuatu pembunuhan itu terkadnag berlaku hanya kerana hal yang remeh, namun apabila gagal mengawal emosi marah maka seseorang itu sanggup membunuh malah terkadang yang dibunuh merupakan saudaranya sendiri, apabila telah sedar ataupun berada dalam keadaan tenang, barulah dating penyesalan didalam diri orang tersebut.



Dalam hadis juga Rasulullah ada mengatakan atau mengajarkan bagaimanakah untuk kita mengatasi perasaan marah kita. 1) apabila kita marah dalam keadaan kita berdiri maka duduklah, . 2) apabila kita marah dalam keadaan duduk maka baringlah. 3) kalau masih marah juga maka hendaklah mengambil wudu' dan solat 2 rakaat. Orang yang paling kuat adalah orang yang mampu menahan sifat marahnya.



3) kehendak nafsu : nafsu kita memang amat suka terhadap perkara-perkara yang dilarang oleh Allah, seperti kita dilarang untuk membuka aurat, maka nafsu kita lebih suka kalau kita membuka aurat dan menunjukkan aurat kita, dilarang untuk mendaki zina, namun itulah perkara yang paling disukai oleh nafsu, seperti berdua-duaan dengan pasangan kita di tempat yang sunyi. Bukankah telah dinyatakan bahawa apabila berdua antara lelaki dan wanita, maka saytanlah orang yang ketiga. Berjudi juga amat disukai oleh nafsu walaupun ianya ditegah oleh syariat, dalam edisi siasat suatu masa dulu ada memaparkan kisah orang islam membeli no ekor malah yang membeli juga adlaah dari kalngan yang memakai kopiah dan seorang yang bergelar haji. Kesimpulannya apabila kita mengikut hawa nafsu kita maka kita akan banyak melanggar perkara-perkara yang dilarang oleh Allah dan berat untuk melaksanakan segala perintah-NYA.



Itulah antara punca mengapakah diri manusia itu boleh melakukan kesilapan dan kesalahan, mungkin ada banyak lagi punca dan factor manusia melakukan kesalahan, namun hanya 3 ini sahaja yang saya gariskan disini mengikut kajian dan pandangan peribadi saya. Selebihnya saya serahkan kepada kepandaian anda semua selaku pembaca untuk buat rumusan dan klasifikasikan.



Apabila kita sudah tau kita ini tidak sunyi dari melakukan kesilapan dan kesalahan, lalu apakah langkah yang wajar kita ambil bagi menghapuskan dan memperbaiki kesilapan-kesilapan tersebut?? Cara yang paling baik adalah kita bertaubat dan menyesal dengan segala dosa dan kesalahan yang kita lakukan, kemudian kita kembali ke pangkal jalan ataupun jalan yang benar (islam).



Bagaimanakah caranya untuk kita bertaubat? Dan apakah tandanya diri seseorang itu benar-benar bertaubat??



Cara untuk kita bertaubat adalah dengan menyesali segala apa yang kita lakukan dimasa lalu, dan berazam dengan sebenar-benar azam untuk tidak mengulanginya kembali dimasa akan datang, serta menjauhkan diri daripada perkara-perkara yang boleh membawa kepada mengulangi perkara-perkara tersebut. Apabila kita telah melaksanakan perkara-perkara tersebut, maka itulah yang dinamakan taubat nasuha (taubat yang sebenar-benar taubat).



Ada juga orang yang bertaubat, namun hanya sekejap atau seketika, apabila dia jumpa balik dengan benda yang cuba ditinggalkan maka dia akan melakukannya semula, contohnya : orang yang bertaubat dari minum arak, lama dah dia tak minum arak, satu hari apabila dia jumpa arak dan tidak ada orang disekeliling, terkadang ia akan mengulangi meminumnya, dan lepas ia minum tu sudah pasti lebih teruk dari yang permulaan sebab mungkin dah lama dia tinggalkan. Memang perlukan kekuatan untuk mengawla diri daripada melakukan perkara yang kita dah biasa buat. Insya Allah kalau kita ada kesungguhan dan sentiasa berdoa maka Allah akan Bantu kita.



Antara tanda-tanda ataupun ciri-ciri orang yang bertaubat nasuha ini ialah :



1) Merasa menyesal atas dosa-dosa yang dilakukannya pada masa yang lalu.

2) Berazam untuk tidak akan mengulangi lagi kesalahan dan dosa yang dilakukan sebelum ini dengan sebenar-benar azam.

3) Banyak melakukan ibadah kepada Allah dan mendekat diri kepada Allah.

4) Banyak memberi sedekah dan amal jariyah sebagai penebus dosa yang dilakukan sebelum ini.

5) Meninggalkan perkara-perkara yang boleh membawanya mengulangi semula dosa yang lalu.



Ini lah antara ciri-ciri bagi orang yang benar-benar taubat.



Teringat akan satu hadis ataupun pepatah arab… saya kurang pasti. Yang berbunyi : " orang mukmin apabila melakukan dosa dia merasa seolah-olah dosa itu umpama batu yang menimpa dirinya dan akan bersegera bertaubat, orang yang munafiq @ fasiq apabila melakukan dosa umpama lalat yang hinggap di muka hanya dikuis-kuis sahaja, dan lalat itu akan tetap dating kembali "…



Kesimpulannya :



Memang benar kita tidak boleh lari dari melakukan kesalahan dan dosa. Namun dengan iman yang kuat dan dekatnya diri kita kepada MAHA PENCIPTA, membuatkan kita sering beringat sebelum melakukan sesuatu. Oleh itu gunakanlah akal yang merupakankurniaan yang amat besar dari Allah sebagai wasilah untuk kita berfikir yang mana baik dan buruk. Gunakan iman untuk membezakan ianya halal ataupun haram, pahala ataupun dosa..